




Pihak UPPM mengambil maklum aduan yang telah dikongsikan oleh penduduk menerusi Facebook YB Datuk Rina Hj Jainal berkenaan masalah air melimpah ke kawasan rumah setiap kali hujan serta keadaan jalan yang lecak dan berlumpur.
Sebagai tindakan awal, pihak pemaju telah menaburkan batu di kawasan terjejas bagi mengurangkan masalah lecak.
Namun begitu, isu limpahan air masih berlanjutan dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk.
Menerusi aduan tersebut, penduduk turut mencadangkan agar sistem perparitan yang lebih berkesan dibina supaya air hujan dapat dialirkan terus ke parit utama.
Pihak UPPM bersama kontraktor telah turun padang untuk meninjau lokasi dan mengadakan perbincangan di tapak.
Hasil tinjauan dan rundingan, pihak kontraktor bersetuju untuk membina laluan air sementara sepanjang proses pembinaan penaiktarafan jalan utara baru sebagai langkah alternatif agar air tidak melimpah masuk ke kawasan rumah.
Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula dalam tempoh seminggu dari tarikh 25 Julai 2025.
UPPM akan terus memantau pelaksanaan kerja ini agar kebajikan dan keselamatan penduduk sentiasa terpelihara. Terima kasih kepada semua yang prihatin dan menyalurkan maklumat.