Agihan 400 Bakul Makanan Harapan Kasih Ziarah Asnaf 2022

NAMPAKNYA hujan yang turun membasahi bumi Tawau sejak malam tadi, agak sedikit merencatkan pergerakan sebahagian besar daripada kita.

Bagaimanapun, Program Harapan Kasih Ziarah Asnaf 2022 anjuran Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Pejabat ADUN N70 Kukusan akan tetap diteruskan seperti biasa.

Program berlangsung di bawah Pejabat DUN N70 Kukusan, Hill Top berhampiran Family Fresh Mart.

InsyaAllah sebanyak 400 bakul makanan akan diagihkan kepada asnaf iaitu pengundi Kukusan selain yang telah disenaraikan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Semoga program ini, dan apa jua urusan anda di luar sana dipermudahkan. Aminnnn

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *