Edit Content

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 DUN Sabah Yang Ke-16

Pre council Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah Ke-16

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Tahun 2025 DUN SABAH Ke-16

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025

 Jelajah Ramadan Kukusan: Menyantuni Asnaf & Menyemarakkan Ibadah

Alhamdulillah, dalam semangat keberkatan bulan Ramadan, saya berpeluang meneruskan Jelajah Ramadan di Masjid Al-Jiddan, Kg Imam Jalilul bagi menyantuni golongan yang memerlukan serta menyokong aktiviti keagamaan di masjid.

Dalam program ini, saya telah menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 10 golongan asnaf, ibu tunggal, dan mereka yang memerlukan bagi meringankan beban mereka sepanjang bulan yang mulia ini.

Selain itu, saya juga berkesempatan menyerahkan bantuan tunai kepada pihak masjid untuk kegunaan aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan.

Masjid adalah pusat komuniti yang penting dalam menyemarakkan ibadah dan ukhuwah, dan saya berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Semoga usaha kecil ini membawa keberkatan dan mengukuhkan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.