









ALHAMDULILLAH, pada malam yang penuh keberkatan ini saya berpeluang berbuka puasa bersama rakan-rakan pengamal media yang sentiasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat tepat dan telus kepada masyarakat.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengamal media yang selama ini menyokong dan memberikan liputan terbaik terhadap setiap inisiatif serta usaha kita.
Sokongan anda sangat bermakna dalam memastikan maklumat sampai kepada rakyat dengan jelas dan berkesan.
Di samping itu, saya juga berbangga dapat berbuka puasa bersama para rider penghantar makanan di kawasan Kukusan seperti Foodpanda, Grab, Misi, dan lain-lain.
Mereka adalah wira di barisan hadapan yang memastikan makanan dan keperluan harian sampai ke tangan rakyat dengan selamat dan tepat pada masanya, walaupun dalam keadaan berpuasa.
‘Rider’ Kukusan juga turut mengambil peluang mengisi borang ahli untuk bersama-sama menjadi ahli sukarelawan dalam Kelab NGO saya iaitu KERJA untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan masyarakat.
Terima kasih atas dedikasi, komitmen, dan pengorbanan semua pihak. Semoga Ramadan ini membawa keberkatan, rezeki yang berlimpah, dan ukhwah yang terus kukuh demi kebaikan bersama.