Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2023 Kerajaan Negeri Sabah

BERKESEMPATAN bersama barisan kepimpinan negara dan Negeri Sabah dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2023 Kerajaan Negeri Sabah di SICC, Kota Kinabalu, hari ini.

Terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sudi hadir ke sini, biarpun sibuk dengan jadual kerja yang cukup padat.

Sebagai ‘keluarga’ dalam kabinet Sabah, saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan agama yang tidak melepaskan peluang menghadiri sambutan Hari Raya tahun ini.

Semoga ia menjadi amalan kita seterusnya mengukuhkan semangat keharmonian dalam hidup bermasyarakat di Sabah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

RINA HJ JAINAL
Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan Negeri Sabah
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *