


Innalillahi wainnailaihi rajiun.
Saya menerima berita pemergian Allahyarhamah Darmia binti Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah setelah selesai menunaikan ibadah umrah.
Pemergian yang benar-benar dicemburui jutaan umat Islam setelah menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.
Selepas mendengar khabar duka ini, saya terus menyantuni keluarga Allahyarhamah di Kg Jawa hadapan Petronas pagi tadi.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah buat Allahyarhamah.