Edit Content

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 DUN Sabah Yang Ke-16

Pre council Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah Ke-16

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Tahun 2025 DUN SABAH Ke-16

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025

 Menyantuni Pejuang Kecil Di Wad Kanak – Kanak

SAYA berkesempatan menziarahi adik yang menghidap talasemia serta beberapa anak kecil lain yang sedang mendapatkan rawatan di wad kanak-kanak.

Dalam kunjungan ini, saya menyampaikan sedikit sumbangan tunai serta hamper coklat daripada komuniti madani Kg Muhibbah Raya sebagai tanda sokongan dan kasih sayang buat mereka.

Melihat senyuman mereka walaupun dalam kesakitan benar-benar menyentuh hati. Mereka adalah pejuang kecil yang kuat dan tabah menghadapi ujian ini.

Saya sempat berbual dengan ibu bapa serta penjaga, mendengar luahan mereka dan memberi kata-kata semangat agar mereka terus kuat dalam mendampingi anak-anak tersayang.

Program ini dianjurkan bersama Komuniti Madani Kampung Muhibbah Raya dan Jabatan Penerangan Daerah Tawau sebagai sebahagian daripada usaha kita untuk menyantuni golongan yang memerlukan.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada barisan petugas kesihatan yang sentiasa cekal memberikan rawatan terbaik kepada pesakit.

Semoga adik-adik ini diberikan kesembuhan dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih ceria. Doa saya sentiasa mengiringi mereka.

Turut hadir Tuan Azuary pegawai dari Jabatan Penerangan Daerah Tawau dan Pengerusi Komuniti Madani Kg Muhibbah Raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.