





Melalui Skim Bantuan Kesihatan Sabah Maju Jaya, sebanyak 20 unit mesin hemodialisis telah diserahkan untuk Zon Timur.
Hospital Tawau menerima 8 unit, manakala selebihnya diagihkan ke Semporna, Kunak & Tungku untuk kegunaan pesakit di daerah masing-masing.
Penyerahan ini disempurnakan oleh YB Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan & Kesejahteraan Rakyat merangkap Exco Kesihatan Sabah.
Ini juga merupakan hasil daripada permohonan saya dalam Sidang DUN Mesyuarat Penggal Kelima Tahun 2025, DUN ke-16, agar Hospital Tawau turut dilengkapi dengan mesin cuci buah pinggang baharu.
Rawatan lebih cepat
Kemudahan lebih selesa
Akses kesihatan lebih baik
Terima kasih kepada kerajaan negeri Sabah terutamanya kepada Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang prihatin demi kesejahteraan rakyat Sabah.