Parti Harapan Rakyat Sabah Menghulurkan Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Kg Jawa Tawau, Jalan Guru

TAWAU: Semua jentera Parti Harapan Rakyat Sabah bersama dengan ADUN Kukusan dan warga dari pejabat YB Rina Jainal serta Squad Wanita Harapan sedang menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kg Jawa Tawau, Jalan Guru.

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Brig.Jen.(B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah (JP) berkata, insiden kebakaran rumah berlaku lebih kurang 12.38pm dan beliau segera mengarahkan jentera PHRS, ADUN Kukusan dan warga dari pejabat YB Rinal Jainal membuat persiapan makanan dan minuman untuk diaggihkan kepada mangsa kebakaran.

Sementara itu, mereka juga sempat melahirkan ucapan simpati kepada keluarga mangsa.

Walau bagaimanapun, Tan Sri Liew mengucapkan terima kasih kepada semua agensi penguatkuasa yang terlibat termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang menghulurkan bantuan dan kerja menyelamat dalam kejadian musibah ini. Semoga semua keluarga mangsa sabar dan tabah!

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Sabah), kebakaran melibatkan 12 buah rumah jenis tidak kekal dengan anggaran keluasan keseluruhan 1 hektar atau 25×30 kaki setiap rumah. Operasi dilaporkan terkawal pada jam 13:56:58 dan operasi pemadaman bara-abar api masih dijalankan. maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *