






















TAWAU: Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah [PHRS], Brig. Jen. [B] Tan Sri Datuk Liew Yun Fah [JP] menyeru pihak kerajaan agar membantu Persatuan Untuk Orang-Orang Pekak Tawau [AOKAM] yang terletak di Taman Lim Den Choi, Jalan Kuhara, Tawau, demi memastikan kebajikan dan keselesaan semua pelajar di pusat tersebut dapat dibela.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Sambutan Hari Jadi 2022 di Pusat AOKAM sini, baru-baru ini. Hadir bersama ialah Timbalan Presiden Pusat AOKAM, Chung Kon Phin dan AJK Lai Siew Fun.
Liew berkata, memandangkan wabak Covid-19 ini baru sahaja mulai reda dan ekonomi di negara kita masih belum pulih sepenuhnya, ia bukan mudah bagi semua ibu bapa menanggung yuran sekolah bulanan untuk menghantar anak-anak istimewa ke sekolah ini.
Oleh itu, saya berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan dan memberikan peruntukan tahunan kepada Pusat AOKAM ini; lebih-lebih lagi pelajar istimewa yang belajar di sekolah ini bukan sahaja berbangsa Tiong Hua, malah terdiri daripada Bumiputra dan pelbagai bangsa.
Menurut beliau, tanggungjawab ibu bapa ialah memastikan keselesaan dan keselamatan anak-anak mereka dapat belajar di Pusat AOKAM ini. Yuran sekolah yang dibayar setiap bulan adalah tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan sekolah ini kerana Pusat AOKAM ini merupakan NGO.
Sehubungan itu, Liew juga meminta kepada semua pihak yang berkemampuan agar terus membantu Pusat AOKAM ini dan memastikan sekolah ini dapat menuju ke arah kecemerlangan.
“Saya merayu agar pihak kerajaan negeri dapat membantu sekolah seumpama ini. Bagi saya, inilah masanya kerajaan harus membantu rakyat yang menghadapi kesusahan dna meringankan beban mereka…. Ini kerana bukan semua ibu bapa terdiri daripada golongan orang kaya,” beliau berkata.
Dengan itu, Liew turut menyumbangkan RM10,000 kepada Pusat AOKAM Tawau.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support