






SIAPA masih ingat kisah Nenek Pariam yang mendapat perhatian 1 Malaysia kerana kisah kehidupannya sebatang kara dan menjual kerepek di bandar demi menyara hidupnya.
Alhamdulillah, nasib beliau turut mendapat perhatian ramai pihak termasuk Persatuan Jalinan Kasih Harapan Rakyat Sabah, diketuai Sammie Liew yang berusaha keras mengumpul dana bagi pembinaan kediaman baharu untuk Nenek Pariam.
Hari ini, satu majlis kesyukuran dan simbolik penyerahan rumah dilakukan dan Nenek Pariam sudah ada rumah baharu di Kongsi 8.
Inilah antara hala tuju kami di Parti Harapan Rakyat Sabah untuk terus berusaha membantu rakyat khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.
Talk Less Do More!!!
Tahniah sekali lagi dan terima kasih kepada Persatuan Jalinan Kasih Harapan Rakyat Sabah kerana merealisasikan Rumah Harapan Rakyat untuk Nenek Pariam.
Begitu juga dengan tuan tanah yang sudi bersama-sama berkongsi tapak kediaman serta orang awam yang mula-mula berkongsi kisah Nenek Pariam sehingga mampu membuka mata ramai orang.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support