Selamat Tahun Baru Cina, Tan Sri Sekeluarga

HARI terakhir cuti Tahun Baru Cina kali ini, saya kongsikan sedikit keceriaan sambutan CNY di rumah Boss Tan Sri Liew Yun Fah JP.

Semoga terus dilimpahi kesihatan, kebahagiaan, kejayaan dan kesejahteraan buat Tan Sri sekeluarga.

Selain berkongsi pengalaman politik, menerusi Tan Sri jugalah saya dapat mengenali lebih ramai orang khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam itu sendiri, memandangkan beliau memang cukup erat dengan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Lihat saja ketika berkunjung ke kediaman beliau, orang yang hadir, bukan sahaja daripada masyarakat Tiong Hua, tetapi daripada pelbagai lampisan kaum.

Inilah contoh masyarakat majmuk yang kita mahukan, bersatu, bersama tanpa mengira bangsa dan warna kulit, meraikan setiap perayaan yang diraikan di negara kita.

Semoga kita terus hidup makmur dan saling bertoleransi sesama kita.

RINA HJ JAINAL
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *