Edit Content

Terima Kasih

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Tahun 2025 Dun Ke-16

Suara Kukusan Demi Kukusan Kita Sejahtera

Semangat Sabah Maju Jaya Yang Kita Banggakan

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

 Takziah Atas Pemergian Pakcik Mokhtar bin Said @ Tai

Saya merakamkan ucapan takziah atas pemergian Pakcik Mokhtar bin Said @ Tai, yang telah kembali ke rahmatullah semalam di Hospital Kota Kinabalu.

Allahyarham dilaporkan pengsan seketika ketika dalam perjalanan menaiki penerbangan dari Kota Kinabalu ke Tawau, sebelum dikejarkan ke hospital dan menghembuskan nafas terakhir di sana.

Jenazah telah disolatkan di Masjid Babus Saadah, Kg Muhibbah Raya selepas solat Jumaat, dan seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Utara.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada komuniti.

Beliau dikenali sebagai seorang yang ikhlas, ringan tulang, dan tidak pernah berkira masa dalam membantu menguruskan van jenazah setiap kali diperlukan.

Allahyarham juga merupakan jemaah yang sangat aktif di Masjid Babus Saadah, dan jasa-jasanya amat dihargai oleh warga kariah.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Al-Fatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.