



Saya berbesar hati merasmikan jenama tempatan Oxballs Pickleball Oxsome, bersama pembukaan tempat sukan baharu di Coze Pickler, Batu 3.
Inisiatif ini memperkenalkan sukan pickleball sebagai aktiviti riadah yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur, sambil menggalakkan penglibatan usahawan tempatan dalam bidang sukan.
Lebih menarik, gelanggang yang disediakan turut mesra wanita, menjadikan Coze Pickler sebagai ruang inklusif untuk komuniti aktif bersama.
Tahniah kepada pasukan Oxsome dan Coze Pickler and Cafe atas semangat dan usaha memperkasa sukan baharu ini di Tawau!