Syabas kepada usahawan-usahawan yang rajin menimba ilmu dan berusaha untuk maju . Saya sokong penuh usaha ini, sebab saya yakin usahawan kita boleh buka lebih banyak peluang kerja untuk orang Kukusan sendiri . Terima kasih kepada AKPK dan Bank Muamalat…
Sebagai wakil rakyat Kukusan, saya sentiasa menitikberatkan pendidikan anak-anak kita. Mewakilkan UPPM N.70 Kukusan Tuan Sukardi Mashuri menyerahkan sumbangan kepada Tabung PIBG SK Kukusan sebagai tanda sokongan saya kepada usaha sekolah meningkatkan kecemerlangan murid. Semoga ia memberi manfaat buat generasi…
SAYA mewakilkan UPPM N.70 Kukusan Tuan Sukardi Mashuri menyampaikan sumbangan kepada :- Tabung Kokurikulum Disampaikan kepada Pejabat Pendidikan Gabungan Tawau, diterima oleh Encik Mohammad bin Said. Harap dapat bantu anak-anak kita lebih aktif dalam kokurikulum. Sumbangan Atlet Buat adik Suzalifah…
Tahun ini kita bawakan khas untuk anak-anak muda & belia Kukusan .Karnival ini penuh dengan aktiviti sukan & cabaran, semuanya berlangsung serentak untuk cipta suasana lebih meriah. Bola Tampar E-Games Ping Pong Pickleball Dodgeball Memanah Dart Tarik Tali Bola Beracun…
Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Masud Haji Salbi seorang pejuang lama politik yang banyak berjasa dan sentiasa ikhlas berkongsi pengalaman dalam perjalanan politik saya. Sempat menyantuni keluarga Allahyarham di kediaman di Jalan Damai minggu lepas. Kali terakhir saya…
Keutamaan saya adalah memastikan setiap lorong rumah dan laluan pejalan kaki di Kg Kukusan terang dan selamat. Biar warga kampung berjalan dengan rasa lebih selesa ,kampung pun lebih ceria. Pemasangan Lampu Solar Kg Jawa Lanut
Bila pagar lebih kukuh dan selamat, ibu bapa pun rasa lebih tenang, guru-guru juga lebih selesa mendidik. Kerja ini nampak kecil, tapi sangat besar maknanya untuk anak-anak kita. Menaiktaraf pagar anti climb Tadika Kemas Kg Jawa Sentosa