Kemenangan ini bukan tentang saya. Ini tentang kita rakyat Kukusan yang berani memilih perubahan walau penuh cabaran. Ini tentang setiap tangan yang bekerja dalam diam, setiap langkah jentera POKOK yang tidak pernah mengeluh walaupun hari hujan, jalan berlumpur, dan masa…
Terima kasih atas 5 tahun bersama kita berkhidmat untuk Kukusan. Suka duka kita pikul bersama dan niat untuk rakyat tidak pernah berubah. Pokoknya, esok kita undi demi Kukusan yang lebih baik.
Bagaimana mahu undi Calon Bebas N.70 Kukusan RINA BINTI JAINAL? Mudah saja. Pergi paling bawah sekali Lihat logo POKOK Pastikan tanda pangkah (X) dibuat dengan jelas dalam kotak calon tersebut Pangkah No.10 — Logo POKOK. Ini Masa Rakyat, Ini Masa…
Pewartaan tanah di Kukusan adalah salah satu yang telah dan masih saya perjuangkan. Pokoknya, semua sudah dalam proses dan kita hanya akan warwarkan setelah mendapat kepastian dari kerajaan
Dari litar lumba bertaraf, program kemahiran automotif, dan banyak lagi yang boleh kita buat sama sama. POKOKnya kita akan bangun kawasan Padang Terbang Lama di Tawau untuk orang Kukusan dan Tawau!
Malam ini, di kediaman saya kami tunduk, kami angkat tangan, kami sujud memohon pertolongan Allah. Semoga setiap langkah perjuangan ini dipermudahkan, setiap pintu terbuka, dan setiap niat baik diberi keberkatan. Untuk Kukusan, untuk rakyat yang saya sayang.
Malam tadi membuktikan satu perkara kekuatan sebenar bukan datang dari pentas besar, bukan dari nama glamor tetapi dari hati rakyat Kukusan sendiri. Kami berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Suara kita cukup untuk gegarkan masa depan. Kukusan tidak tunggu orang…
Kerana calon BEBAS adalah mesra kerajaan dan menjadi penentu. Mesra kerajaan, tapi bebas memilih. Itulah kuasa penentu yang Kukusan perlukan hari ini.
Sokongan rakyat kekuatan saya. POKOK NYA perjuangan ini sentiasa akar daripada suara kalian.
Lebih 3,000 warga Kukusan turun sendiri malam ini. Ini bukan angka biasa ,ini amaran jelas dari rakyat! Rakyat sudah bosan dipermainkan. Rakyat sudah penat dengan janji kosong. Dan malam ini, Kukusan buktikan SUARA BEBAS TIDAK BOLEH DIKUNCI! Gelombang ini bukan…