

Alhamdulillah,saya mewakilkan kakitangan UPPM N.70 Kukusan memberikan sedikit sumbangan kewangan kepada Muhammad Ali Hakimi bin Mohd Azizi, anak muda dari kawasan kita yang bakal sambung belajar di Universiti Malaya, Bachok Kelantan.
Sumbangan ini tanda sokongan kepada anak-anak kita yang berusaha untuk ubah nasib melalui pendidikan. Semoga ia dapat bantu ringankan beban keluarga.
Saya juga ingatkan bahawa semua anak Sabah yang mahu sambung belajar, boleh mohon bantuan dari pelbagai saluran seperti:
BAKTI
BAGUS
SUBFLY
BUDI
DAN LAIN-LAIN LAGI
Jangan malu untuk bertanya dan mohon. Pendidikan adalah hak semua.
Tahniah & selamat berjaya, Hakimi! Teruskan perjuangan!