USAI solat tarawih di Masjid Baitulrahman Kg Muhibbah Bal, saya berkesempatan moreh bersama team Kukusan di Restoran Bismi, di sini. Sempat juga berbual dan bertanya khabar dengan penduduk yang sedang minum di situ. Sempoiiii
SEMALAM, saya sempat menghadiri program Jom Masak Bubur Lambuk membabitkan 7 KRT di Kukusan dan kawasan sekitar. Pejabat ADUN N70 Kukusan telah menyumbang sebanyak RM1,000 bagi menjayakan program ini selain sumbangan daripada ADABI dalam penyediaan rempah ratus, santan dan perasa…
LAGI individu yang baik pekerti pergi menghadap Ilahi di hari baik, bulan baik. Allahyarhamah Cikgu Morniati Jamie, guru Kolej Tingkatan 6 yang menghidap kanser hidung meninggal dunia, hari ini. Ayuh sedekahkan Alfatihah kepada Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan…
PAGI ini, menerima khabar duka daripada Kampung Jawa, Tawau atas pemergian Pakcik Omar Amin atau mesra dipanggil Uncle Omar akibat sakit jantung. Terlalu banyak kenangan bersama arwah apatah lagi arwah jugalah salah seorang pencadang saya ketika penamaan calon PRN 2020…
PAGI tadi kami menerima perkongsian mengenai keadaan pokok yang dikhuatiri tumbang dan boleh mengancam keselamatan nyawa pengguna jalan raya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Utara Baru (Islamiyah). Aduan segera disampaikan kepada MPT sebelum kerja pemotongan dan pembersihan pokok dilakukan. Team UPPM…
Saya telah mewakilkan Team SWAH (Skuad Wanita Harapan SWAH) untuk menyantuni kebajikan rakyat di lapangan. Terima Kasih banyak membantu pejabat Rina Hj Jainal dan UPPM N.70 Kukusan mengenal pasti mereka yang memerlukan agar tidak tercicir dari menerima bantuan. 28 Mac…
SEMPENA bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini, Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat merangkap ADUN N70 Kukusan Yb Rina Hj Jainal menyerahkan sumbangan peribadi kepada tabung masjid di 16 buah masjid dan surau di Kukusan dan kawasan sekitar. Sumbangan…
WAKIL Pejabat ADUN N70 Kukusan dan UPPM Kukusan berbuka puasa di Surau An-Nur, SMK Tawau, hari ini. Terima kasih kepada ahli kariah surau dan warga di sana kerana menerima kehadiran team saya dengan mesra. Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami…
PEJABAT ADUN N70 Kukusan meneruskan usaha menyantuni dan membantu warga Kukusan dan kawasan sekitar. Terbaharu, sumbangan diberikan kepada 1. Erdonna Amatomis bagi yuran dan barang persekolahan anak-anak. 2. Sumbangan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Agama Rakyat Masjid Quba’ Taman Semarak. Semoga…
HARI ini, saya berkesempatan memenuhi undangan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah SAR Masjis Quba, Taman Semarak di Hotel Emas, Tawau. Tahniah saya ucapkan kepada murid yang berjaya serta pihak sekolah kerana berjaya melahirkan anak yang cemerlang bukan sahaja dalam pendidikan…