Kenyataan Media 26 Oktober 2022

KENYATAAN MEDIA

TARIKH: 26 OKTOBER 2022

Susulan kenyataan rasmi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengenai rombakan kecil dan pelantikan saya sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Negeri, hari ini.

Pertama kali saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjawat jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Negeri.

Sesungguhnya, saya berbesar hati menerima tanggungjawab, amanah dan kepercayaan yang diberikan.

Saya menerima ia sebagai satu cabaran untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin apatah lagi saya adalah pendatang baharu dalam dunia politik.

InsyaAllah, saya akan membawa lebih banyak suara anak Tawau dan Kalabakan ke peringkat lebih tinggi.

Setinggi penghargaan diucapkan kepada Ketua Menteri kerana sentiasa bersikap holistik dan terbuka dalam pentadbiran Negeri tanpa meminggirkan parti kecil seperti Parti Harapan Rakyat Sabah.

Biar pun PHRS ‘kecil’ dan berpusat di Tawau, beliau tetap melihat potensi dan menaruh kepercayaan terhadap kami untuk turut sama memantapkan lagi pentadbiran Negeri Sabah pada masa akan datang.

Ia sekali gus membuktikan bahawa PHRS juga mampu membawa suara anak Tawau dan Kalabakan selaras dengan visi dan misi parti.

Terima kasih juga kepada Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Brig Jen (B) Tan Sri Liew Yun Fah JP kerana sentiasa menyokong dan memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.