






Alhamdulillah, kuliah Zohor tadi berjalan dengan penuh makna.
Banyak nasihat yang menyentuh hati saya, antaranya:
– Indahnya bersedekah walau sedikit, kerana itu yang memberatkan timbangan kita.
– Jangan sombong dengan status atau pangkat, kerana semua kembali kepada Allah.
– Anak yang derhaka membawa sengsara bukan hanya di dunia, tapi juga di akhirat.
– Dan yang terpenting, tanamkan cinta yang mendalam kepada Nabi Muhammad SAW, kerana baginda lah suri teladan agung yang membawa rahmat untuk seluruh alam.
Semoga setiap butir nasihat jadi peringatan, penguat hati dan pedoman kita dalam meniti hari.