Edit Content

Semangat Sabah Maju Jaya Yang Kita Banggakan

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 DUN Sabah Yang Ke-16

Pre council Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah Ke-16

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Tahun 2025 DUN SABAH Ke-16

 Lebih 5000 Hadir Sabah Berselawat 2025

Alhamdulillah, program Sabah Berselawat malam tadi di Dewan Masyarakat Tawau mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 5,000 orang.

Sambutan luar biasa ini menunjukkan bahawa warga Tawau benar-benar dahagakan majlis ilmu dan kerohanian seperti ini.

Suasana penuh syahdu dengan ceramah daripada PU Amin. Manakala alunan selawat, qasidah, dan tausiyah yang menyentuh hati oleh Hafiz Hamidun dan Kumpulan Nasyid Hijjaz.

Majlis yang penuh barakah ini telah dirasmikan oleh YB Kolonel Kehormat (PA) Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan yang mewakili YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, pemimpin yang dekat di hati rakyat.

Moga program seperti ini terus diperluaskan, dan semangat berselawat ini kekal menyatukan kita semua. InsyaAllah.

Turut hadir Ybhg Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Bin Haji Jaafar, Mufti Negeri Sabah, YB Datuk Haji Hamild Haji Awang, ADUN N.67 Balung, YB Datuk Hassan A. Gani Pg Amir, ADUN N.73 Sebatik, YB Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandi, Ahli Parlimen Kalabakan

dan Bapak Aris Heru Utomo dari Konsulat Republik Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.