







Beberapa hari lepas, saya berpeluamg sekali lagi meluangkan masa bersama belia Kukusan. Lepak kali ini lain sikit sebab bukan di warkop (warung kopi), tapi di Gerai Sandwich Bakar Syakir, port santai anak muda di Muhibbah Bal. ![]()
Suasana tenang tapi hidup… ramai belia datang kongsi pandangan, cerita dan cadangan untuk terus majukan Kukusan. Ada yang cakap pasal peluang kerja, ada yang fikir macam mana mahu aktifkan lagi komuniti.
Saya suka semangat ini.. bila anak muda mula fikir ke depan, bukan tunggu peluang tapi cari cara untuk cipta peluang. ![]()
Terima kasih kepada semua yang hadir, dan khasnya kepada Saudara Helmy, pemilik Gerai Sandwich Bakar Syakir, atas sambutan mesra serta hidangan yang memang terbaik!