Edit Content

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 DUN Sabah Yang Ke-16

Pre council Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah Ke-16

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Tahun 2025 DUN SABAH Ke-16

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025

 Majlis Berbuka Puasa Bersama Kumpulan Yayasan Sabah: Menyantuni Golongan Memerlukan

SAYA dijemput merasmikan Majlis berbuka puasa anjuran Kumpulan Yayasan Sabah dan Pejabat ADUN N70 Kukusan telah berlangsung dengan penuh keberkatan,di Masjid Nurul Huda kemarin.

Dalam majlis tersebut,saya telah menyampaikan bantuan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan, termasuk asnaf, ibu tunggal, anak yatim, dan warga tua. Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban mereka dalam menjalani ibadah puasa dengan lebih selesa.

Selain itu, sebanyak 30 bakul makanan turut disumbangkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah, sebagai usaha berterusan membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Sebagai tanda sokongan terhadap aktiviti keagamaan, saya juga menyampaikan bantuan tunai kepada Masjid Nurul Huda bagi melaksanakan pelbagai program keagamaan sepanjang bulan Ramadan.

Manakala 4 buah kipas industri pula di sumbangkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada jemaah di Masjid kg ini.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah atan penganjuran majlis ini. Semoga akan ada lebih banyak lagi program kerjasama diantara pejabat Dun Kukusan bersama Kumpulan Yayasan Sabah.

Majlis ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk menyemai nilai-nilai kebersamaan dan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.