Menghadiri Program Jelajah GRS Parlimen Keningau

Mewakili Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Brig Jen (B) Tan Sri Liew Yun Fah JP memenuhi jemputan menghadiri Program Jelajah GRS Parlimen Keningau, di Dewan Masyarakat Keningau, hari ini.

Ia satu penghargaan yang besar apabila parti ‘kecil’ daripada Tawau turut mendapat perhatian daripada kerajaan Negeri Sabah untuk sama-sama hadir dalam program besar GRS.

Banyak perkara yang dikongsikan. Ini termasuk pelawaan parti-parti tempatan untuk bersama GRS dalam membantu pembangunan negeri Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor turut menggariskan empat teras perjuangan agend sayangi Sabah iaitu

  1. Sabah First (Sabah Diutamakan).
  2. Sabah Forward (Sabah Ke Hadapan).
  3. Sabah Prosper (Sabah Maju Jaya).
  4. Sabah United (Sabah Bersatu Teguh). InsyaAllah, siri Jelajah GRS ini akan tiba di Tawau, tidak lama lagi.

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.