



Dalam siri Ziarah Kasih kali ini, kami berkesempatan menziarahi dan menyerahkan sedikit sumbangan bakul makanan kepada beberapa keluarga sebagai tanda ingatan dan sokongan.
Encik Chan Siak Lam – baru keluar wad selepas mengalami masalah jantung. Semoga terus kuat dan segera pulih.
Puan Faridah binti Hermansah & suami – doa kami agar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.
Puan Siti binti Ali – semoga diberi kekuatan menghadapi setiap cabaran serta dilimpahkan rezeki yang berpanjangan.
Semoga kehadiran kecil kami membawa sedikit keceriaan buat mereka sekeluarga.