






Syukur alhamdulillah, minggu santai kali ni memang meriah betul.
Dari candawara musang berjanggut, bola pingpong sampai ke domino, semua lapisan umur turut sama bergelak ketawa makin jauh, makin sayang bah
Tidak lupa juga, kami sempat agih 500 tapau kari buat penduduk di PPR Taman Sri Semarak. Rezeki dikongsi, kasih disemai
Selain tu, saya juga berkesempatan menyerahkan 70 buah kerusi sumbangan kepada KRT PPR Taman Sri Semarak semoga dapat dimanfaatkan untuk aktiviti komuniti akan datang
Dan yang paling menyentuh hati, kami turun ziarah kasih ke 6 rumah melibatkan warga emas, pesakit terlantar dan sahabat OKU. Senyum mereka tu, paling mahal nilainya
Inilah semangat komuniti kita ringan tangan, besar jiwa, saling menyokong tanpa mengira siapa. Wanita bukan sekadar pelengkap, tapi penggerak kasih dalam masyarakat.