



Saya merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga mendiang Exle bin Weli warga Kampung Sentosa Blok 4, yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Jalan Yamamoto, Kampung Jawa beberapa hari yang lalu.
Mendiang akan disemadikan di Tanah Perkuburan Batu 6 pada hari jumaat ini.Sebagai saudara sesama insan, saya mendoakan agar roh mendiang beristirahat dengan tenang dan keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan serta kekuatan menghadapi saat yang penuh duka ini.
Dalam saat kehilangan ini, marilah kita bersama-sama mendoakan kedamaian dan kesejahteraan, serta memperkukuhkan semangat perpaduan dan saling menghormati antara sesama kita, tanpa mengira latar agama dan kepercayaan.
Salam hormat dan takziah daripada saya dan seluruh komuniti.