Edit Content

Pelancaran Jentera Pilihanraya Negeri Ke-17 Parti Gabungan Rakyat Sabah

Setia Bersama Kukusan Sejahtera

Terima Kasih

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Tahun 2025 Dun Ke-16

Suara Kukusan Demi Kukusan Kita Sejahtera

 Rina Pertikai Tindakan PHRS, Dakwa Dihalang Jadi Calon Kukusan

TAWAU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan, Datuk Rina Haji Jainal menyifatkan tindakan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) menggantung jawatan dan keahliannya dalam parti itu tiga hari sebelum hari penamaan calon sebagai keputusan yang mengejutkan, seolah-olah satu cubaan sabotaj terhadap dirinya.

Rina berkata, keputusan itu dibuat dalam waktu yang amat mencurigakan, seolah-olah dirancang bagi menghalangnya daripada dicalonkan semula mewakili parti pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah kali ini.

“Saya sendiri terkejut apabila menerima makluman berhubung penggantungan ini. Kenapa tiga hari sebelum penamaan calon? Tindakan ini amat pelik dan dilihat seperti ada niat tertentu untuk menyekat saya daripada bertanding.

“Saya tidak pernah meletakkan jawatan, malah terus aktif menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Apa juga isu dalaman sepatutnya boleh dibincangkan secara baik dalam semangat kekeluargaan parti,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, keputusan drastik itu bukan sahaja menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengundi, malah mengganggu persiapan jentera GRS di peringkat akar umbi yang telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya.

“Saya percaya ramai penyokong GRS, khususnya di Kukusan, turut kecewa dan keliru dengan keputusan ini kerana mereka tahu saya sentiasa bekerja keras untuk rakyat dan parti.

“Tindakan seperti ini bukan sahaja mengecewakan, malah saya melihatnya sebagai satu langkah licik untuk menyingkirkan saya menjelang pilihan raya,” katanya.

Rina turut menegaskan, beliau tetap komited memperjuangkan nasib rakyat Kukusan walaupun berdepan cabaran politik yang tidak dijangka.

“Saya menghormati keputusan parti, tetapi saya juga berhak mempertahankan diri dan menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat. Perjuangan saya tidak berakhir di sini,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini beliau akan menilai langkah seterusnya selepas berbincang dengan penyokong serta keluarga terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.