Edit Content

Semangat Sabah Maju Jaya Yang Kita Banggakan

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 DUN Sabah Yang Ke-16

Pre council Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah Ke-16

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Tahun 2025 DUN SABAH Ke-16

 Sambutan Hari Guru SMK Abaka 2025

Alhamdulillah, rabu lepas telah berlangsung dengan penuh semangat Sambutan Hari Guru SMK Abaka 2025, sebuah momen untuk menghargai jasa dan pengorbanan para guru yang telah mencurahkan ilmu dan kasih sayang kepada anak-anak bangsa.

Acara ini telah dirasmikan oleh PPM Kukusan, Tuan Sukardi Mashuri, yang hadir mewakili YB Datuk Rina Hj Jainal, Ahli Dewan Undangan Negeri Kukusan.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada seluruh guru SMK Abaka atas dedikasi tanpa batas dalam mendidik anak-anak generasi penerus bangsa.

“Guru-guru sekalian adalah pahlawan yang membimbing anak bangsa untuk meraih cita-cita. Teruslah menjadi pelita yang menuntun mereka ke jalan kejayaan. Terima kasih kerana menjadi pendidik yang penuh kasih sayang,” ujar beliau.

Semoga semangat perjuangan para guru terus membara, dan semoga ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang tak putus-putus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.