Edit Content

Terima Kasih

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Tahun 2025 Dun Ke-16

Suara Kukusan Demi Kukusan Kita Sejahtera

Semangat Sabah Maju Jaya Yang Kita Banggakan

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

 Sapu Habis Round 29 Pondok Etnik Di Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2025

Walaupun matahari menyengat sampai muka merah macam ketam rebus, tapi semangat tetap ON.

Saya pusing juga habis 29 pondok etnik bagi penyerahan sijil penyertaan kepada wakil rumah etnik yang mengikut pameran sempena Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2025.

Dari rumah ke rumah, lain-lain rasa dia bha,

sempat juga saya menari Sumazau, Igal-igal, Tarian Timur, Tarian Toraja dan banyak lagi.

Ada pondok tunjuk macam mana tenun kain,

Ada pondok siap kasi rasa kuih tradisi barongko,

Ada yang bagi topi tradisi buat kenangan,

Ada bagi rantai untuk hiasan.

Yang penting, semua orang ramah, budaya kaya, dan vibe dia memang meriah.

Bukan sekadar tengok-tengok, tapi betul-betul rasa sendiri budaya Sabah dan Nusantara.

Kalau belum pigi, rugi! FKAT ni bukan sekadar tengok-tengok, tapi rasa sendiri budaya Sabah yang kaya dan penuh warna.

Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Mahkamah Anak Negeri Tawau sebagai JK Pelaksana dalam pameran etnik dan pondok etnik sempena FKAT 2025.

Klik di sini untuk galeri gambar saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.