






Dua hari yang lalu, saya berpeluang merasmikan Pembukaan Rasmi Sukan Tinju sempena Sabah Games ke-11 (SAGA XI). Walaupun acara telah berlalu, semangat dan keberanian para atlet masih terasa hangat hingga hari ini.
Sukan seperti tinju menuntut disiplin, fokus dan ketahanan jiwa.. nilai-nilai yang selari dengan semangat kepimpinan dan perjuangan anak muda kita. Setiap tumbukan di gelanggang adalah simbol keberanian untuk terus bangkit dan berjuang, walau jatuh berkali-kali.
Tahniah kepada semua atlet dan penganjur atas kejayaan menjayakan acara ini. Teruskan membawa nama daerah dan negeri dengan penuh semangat juang!