
















Hari ini saya bersama warga SMK Kuhara di Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025 dan alhamdulillah, saya rasa sungguh terinspirasi.
Melihat senyuman adik-adik pelajar, semangat guru-guru, dan sokongan padu ibu bapa, saya yakin, masa depan Tawau cerah.
Kejayaan bukan datang bergolek,Ia lahir dari usaha, doa, dan semangat .Saya nak ucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah kalian bukan saja bintang sekolah, tapi juga harapan Tawau.
Sebagai tanda sokongan saya kepada pendidikan di Tawau, saya umumkan hari ini, sumbangan RM10,000 khas untuk Tabung PIBG SMK Kuhara.
Semoga dengan sumbangan ini, lebih banyak program bermanfaat dapat dilaksanakan untuk anak-anak kita.
Mari kita sama-sama teruskan usaha, kuatkan
tekad, selamat menempuhi alam universiti, dari kuhara kepada kuhara.