Edit Content

Semangat Sabah Maju Jaya Yang Kita Banggakan

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 DUN Sabah Yang Ke-16

Pre council Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah Ke-16

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Tahun 2025 DUN SABAH Ke-16

 Tidak Perlu Jadi YB Untuk Jaga Kebajikan Golongan Yang Memerlukan

Mereka muda. Mereka baru menamatkan STPM. Tapi apa yang mereka lakukan hari ini jauh lebih besar dari usia mereka.

Program Sentuhan Kasih: Sukaneka Bersama Rumah Anak Yatim Ar-Rhoudoh bukan sekadar aktiviti sukaneka.

Ia adalah gambaran sebenar semangat kepimpinan akar umbi yang lahir dari sekumpulan belia Tawau yang menubuhkan sebuah NGO demi satu tujuan iaitu berbakti kepada masyarakat.

Dan mereka tidak bergerak sendirian.

Mereka mengajak pelajar-pelajar dari SMK Pasir Putih, mereka membuka ruang untuk anak-anak sekolah turut serta menyumbang tenaga dan kasih sayang dalam kerja amal yang tulus ini.

Ini bukan program biasa.

Ini adalah pendidikan kepimpinan secara nyata. Ini adalah keberanian untuk memulakan sesuatu walau belum ‘sempurna’. Ini adalah kisah anak muda yang memilih untuk mencipta impak.. bukan nanti, tapi sekarang.

Di Kelab KERJA, kami melihat mereka dan kami tahu masa depan negara ini sedang dibina.. di tangan mereka yang berani memulakan langkah pertama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.