




Hari ini saya turun padang ke Masjid Al-Aman Kg Tanjung Batu untuk melihat sendiri keadaan masjid dan dengar luahan jemaah.
Ruang solat wanita, tempat wudhu, serta kemudahan lain jadi tumpuan, semuanya penting untuk keselesaan kita bersama.
InsyaAllah, saya akan cuba bantu supaya masjid kita lebih mesra, lebih selesa, dan jadi pusat komuniti yang cemerlang.
Terima kasih kepada semua yang berkongsi pandangan. Kita usaha sama-sama demi kebaikan bersama.