Edit Content

Terima Kasih

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Tahun 2025 Dun Ke-16

Suara Kukusan Demi Kukusan Kita Sejahtera

Semangat Sabah Maju Jaya Yang Kita Banggakan

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

 Veteran Hebat, Wira Bola Sabah

Kalau kita imbas balik zaman bola sepak Sabah tahun 70-an, salah satu nama yang selalu disebut-sebut ialah Pak Cik Sapar bin Mail. Beliau antara pemain “striker “ handal yang pernah mengangkat nama Sabah di padang hijau.

Hari ini, perjalanan hidup beliau diuji. Serangan strok membuatkan beliau tidak lagi mampu berjalan seperti dulu.

Tapi senyum dan semangat juangnya tetap terserlah macam semangat yang dulu pernah beliau bawa ke padang bola.

Saya mewakilkan kakitangan UPPM N.70 Kukusan Pemaju Mukim Ibrahim Musleh dan Pemimpin setempat Ami Hamud berkesempatan menziarahi beliau. Kami serahkan sebuah kerusi roda sebagai tanda keprihatinan kepada beliau.

Semoga Allah SWT memberi kesihatan dan kekuatan kepada Pak Cik Sapar. Jasa dan kenangan beliau tetap segar dalam ingatan rakyat Sabah.

Kepada anak-anak muda hari ini ,mungkin kita tidak pernah melihat aksi mereka di padang, tapi jangan lupa, generasi inilah yang dulu berjuang membawa maruah Sabah. Semangat disiplin, kerja keras dan cinta pada negeri ,itulah warisan yang patut kita teruskan.

Bola boleh berhenti bergolek, tapi semangat juang legenda Sabah tidak akan pernah padam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.