Dialog Matlamat Pembangunan Mampan – Tiada Yang Tertinggal

Terima kasih YB Mamun Sulaiman, MP Kalabakan menjemput saya untuk turut hadir dalam sesi dialog bersama penduduk komuniti Kg Pasir Putih pada pagi Ahad lalu bersempena Lawatan Kerja Lapangan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia – Matlamat Pembangunan Lestari.

Matlamat Pembangunan Mampan terdiri daripada 17 Matlamat yang telah dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Antara isu rakyat yang masih banyak dibangkitkan adalah berkaitan infrastruktur, kesihatan, kebajikan, ekonomi dari segi isu kemahiran belia, sokongan kepada peniaga-peniaga kecil melalui program dan sebagainya.

Semoga dialog yang direkodkan ini mendapat laporan yang inklusif kepada pihak pembuat keputusan untuk mengambil langkah sewajarnya bagi menangani masalah ketinggalan serba serbi di kalangan komuniti di Sabah khususnya.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.