Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

 Ziarah Kasih Kukusan

KEMARIN, saya bersama teamRJ dan UPPM N.70 Kukusan menyantuni adik-beradik yatim piatu yang dijaga oleh nenek mereka.

Walau kehilangan ibubapa di usia muda, semangatnya untuk menimba ilmu tidak pernah padam.

Dengan keputusan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), adik Kyra yang tinggal di Kg Sentosa Blok 4 membuktikan bahawa keadaan bukan penghalang untuk berjaya.

Saya mahu ubah nasib keluarga dan nenek beritahu amanat ibu sebelum meninggal untuk pentingkan persekolahan kata adik Kyra.

Melalui program ini, sedikit sumbangan berupa keperluan harian dan sokongan kewangan disampaikan bukan untuk menunjuk, tetapi untuk membakar semangat dan memberi dorongan.

Kita tidak mampu menggantikan kasih ibubapa mereka tetapi bersama-sama kita boleh menjadi keluarga yang mengangkat semangatnya adik Kyra.

Ziarah Kasih bukan sekadar memberi, tapi hadir untuk memahami dan memuliakan perjuangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.