Edit Content

Semangat Sabah Maju Jaya Yang Kita Banggakan

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 DUN Sabah Yang Ke-16

Pre council Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah Ke-16

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Tahun 2025 DUN SABAH Ke-16

 GRS perlu utamakan pasukan, bukan kepentingan individu: Rina

TAWAU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu tampil sebagai satu pasukan yang utuh dan bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Haji Jainal.

Beliau berkata, kepentingan gabungan harus diutamakan berbanding kepentingan individu atau parti, demi memastikan keyakinan rakyat terus kekal terhadap GRS.

“GRS perlu dilihat sebagai satu entiti politik yang bersatu, matang dan berpandangan jauh, bukan sekadar pakatan pilihan raya.

“Penyatuan di bawah satu bendera GRS bukan sahaja memudahkan gerak kerja dan penyelarasan strategi, malah memperkukuh keyakinan rakyat terhadap keutuhan perjuangan kita,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Rina yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah berkata, rakyat sedang memerhati dan mereka mahukan kerajaan yang stabil serta mampu membawa pembangunan mampan ke seluruh negeri.

“Kita bukan hanya gabungan politik, tetapi juga sebuah pasukan yang ikhlas berjuang demi kesejahteraan rakyat Sabah.

“Yang penting bukan siapa menang lebih banyak kerusi, tetapi bagaimana kita boleh memberi manfaat kepada rakyat melalui kerajaan yang bersatu dan efisien,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pemimpin dalam GRS supaya mengetepikan perbezaan dan ego masing-masing.

Katanya, semua pemimpin GRS perlu memberi fokus kepada usaha memperkukuh parti dan memupuk semangat setiakawan dalam kalangan anggota gabungan.

“Perpecahan dalaman hanya akan melemahkan jentera, mengelirukan rakyat dan memberi ruang kepada pihak lawan.

“Ini masanya untuk kita buktikan kematangan politik dengan menyatukan hati dan menyelaras gerak kerja,” katanya

Rina menegaskan bahawa hanya dengan kebersamaan yang jitu, GRS mampu meraih kemenangan besar dalam PRN akan datang, demi sebuah Sabah yang lebih makmur dan sejahtera. 

oleh Hamzah Sanudi, Utusan Borneo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.