Mengapa Perlu Lantik Semula Tan Sri Muhyiddin Yassin Untuk Mengetuai MPN?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

4 September 2021

Jemaah Menteri hari ini BERSETUJU melantik bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri.

Alasan yang diberikan pelantikan dibuat atas dasar keyakinan Kerajaan terhadap kemampuan TSMY untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Dan ia disambut positif oleh ramai pihak, malah saya sendiri melihat ada relevannya perlantikan itu berdasarkan pengalaman beliau sebagai PM-8.

Namun, rasanya ramai yang lebih tertarik dengan kenyataan jemaah menteri yakin dengan kemampuan TSMY dalam memulihkan negara selepas terjejas akibat COVID-19.

Bagaimanapun, genap sebulan satu hari yang lalu, pada tarikh 3 Ogos 2021, beberapa ahli Parlimen termasuk sebahagiannya menjadi Menteri di era PM-8 dari UMNO, menarik sokongan dengan meletakkan 7 kegagalan TSMY selaku PM.

Termasuk kegagalan keenam KEGAGALAN KERAJAAN MENGURUSKAN KESTABILAN POLITIK DAN EKONOMI hingga mewujudkan ketidak-yakinan pelabur terhadap kemampuan MENGURUSKAN NEGARA DAN PANDEMIK.

Hari ini, mereka yakin bahawa TSMY layak menerajui MPN selepas menjatuhkannya.

Jika benar TSMY gagal semasa jadi PM sehingga beliau ‘digulingkan’ oleh pasukan sendiri, mengapa perlu lantik beliau semula untuk mengetuai MPN bertaraf menteri?

Atau Kerajaan sedang cuba memberi contoh terbaik dalam kempen kitar semula menerusi pentadbirannya?

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 010 -779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.