Isu Pemberian Kad Pengenalan Kepada Penerima Vaksin

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kdn-teliti-pemberian-kad-pengenalan-kepada-penerima-vaksin-di-sarawak-sabah-319828

Berdasarkan link di atas, saya tertarik untuk membaca lebih lanjut mengenai kenyataan Timbalan Menteri KDN Datuk Seri Ismail Mohamed Said di Dewan Rakyat pada 15 Mei lalu.

Menurutnya KDN akan mempertimbangkan untuk memberikan kad pengenalan diri atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sarawak dan Sabah, TERMASUK dalam kalangan orang asal, yang masih belum memiliki identiti diri (saya percaya mereka yang belum ada dokumen), JIKA MEMENUHI KELAYAKAN.

Umum mengetahui isu ‘stateless’ atau keciciran dokumentasi penduduk asal di negeri kita sangat serius sehingga memerlukan tindakan pengurusan drastik dan efisien dilakukan pihak berkuasa.

Semasa WARISAN muncul dengan idea PSS ketika menjadi Kerajaan Negeri, bagi saya itu adalah solusi terbaik yang kita ada pada masa tersebut. Dengan sistem biometrik, ketelusannya lebih diyakini kerana pemegang cip adalah unik, mudah untuk dikenal pasti termasuk jumlah bilangan kategori ‘stateless’.

Menerusi PSS, kita dapat memantau keseimbangan perkembangan taraf kerakyatan, selain mampu membolehkan mereka ‘survive’ sekurang-kurangnya bekerja, bukannya terasing dalam dunia mereka.

Dan ia bukanlah setaraf dengan kad pengenalan penduduk tempatan seperti mana yang digembar-gemburkan segelintir pihak yang dahagakan sokongan.

Berbalik dengan cadangan Kerajaan untuk memberikan kerakyatan atau kad pengenalan terhadap mereka yang sudah bervaksin dan tiada dokumentasi, bukankah itu jauh lebih teruk dan membimbangkan berbanding konsep PSS.

Mengapakah tiada pemberitahuan kepada umum lebih awal? Ia seolah-olah sudah dijalankan dan tunggu masa dilaksanakan.

Di mana ketelusan Kerajaan Pusat dalam menangani isu dokumentasi dan Pati di Sabah seperti dalam manifesto pada PRN lalu.

Sedikit perkongsian berfakta, menurut STATISTIK PERANGKAAN PADA 2017, hampir separuh daripada penghuni di DUN Tanjung Batu adalah bukan warganegara Malaysia. Justeru, bagaimana untuk Kerajaan menangani dengan baik isu-isu sebegini?

Memanglah tidak relevan dan apa kaitannya antara suntik vaksin, bagi IC. Mungkin kita boleh mendapatkan maklumat orang tiada dokumentasi dengan lebih baik menerusi maklumat vaksinasi, bukannya dengan memberikan IC atau kewarganegaraan menerusi vaksin.

KDN perlu tampil memberikan atau berkongsi maklumat di sebalik pengumuman berkenaan termasuk Program Menyemai Kasih Sayang (MEKAR) yang menggantikan peranan Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan pada tahun 2015.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published.