Masalah Pembuangan Sampah Sarap Ke Longkang Dan Saliran

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Masih lagi berkaitan banjir besar yang melanda Lembah Klang sejak beberapa hari lalu.

Menerusi perkongsian JPS WP Kuala Lumpur, antara masalah punca banjir kilat adalah pembuangan sampah sarap ke longkang dan saliran.

Menerusi perkongsian gambar yang ada, kita melihat timbunan sampah sarap yang dibuang ke dalam saliran pengairan mendatangkan kesan buruk kepada manusia sendiri.

Itu antara sebab, mengapa saya sering mengutarakan masalah pembuangan dan pengurusan sampah sarap di kawasan Kukusan khususnya membabitkan sungai.

Kesannya mungkin kita tidak lihat sekarang. Namun, jika ia berlaku, ia pasti mendatangkan musibah kepada kita semula, malah mungkin meragut nyawa.

Justeru, kita perlu sama-sama bekerjasama untuk menguruskan sampah sarap secara sistematik untuk kesejahteraan hidup pada masa akan datang.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.