Melawat Mangsa Kebakaran Di Kampung Titingan

Menerima perkhabaran duka kebakaran membabitkan lima buah rumah di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama, tengah malam tadi.

Lebih menyedihkan seorang warga emas Saadiah Jabar, 84, dan anaknya Kamisah Mapiasah, 49, maut dalam kejadian itu selepas dipercayai terperangkap di dalam rumah yang terbakar.

Saya bergegas ke lokasi kejadian bagi mewakili Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Tan Sri Liew Yun Fah untuk berjumpa dengan keluarga mangsa.

Atas misi kemanusiaan, sebanyak RM1,000 sumbangan daripada Parti Harapan Rakyat kepada keluarga mangsa yang maut bagi meringankan sedikit beban dan keperluan mereka.

Buat mangsa kebakaran yang lain, kami akan perhalusi di peringkat parti, bentuk bantuan berkaitan.

Saya pasti wakil rakyat kawasan juga akan turun padang dan membantu mangsa-mangsa yang ada.
Semoga roh mangsa yang maut dicucuri rahmat. ALFATIHAH.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
12 Jun 2022

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
11 Jun 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.