Nasib Negeri Yang Kaya Dengan Pelbagai Hasil Bumi

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Nasib negeri yang kaya dengan pelbagai hasil bumi. Antara enam negeri penyumbang terbesar KDNK Negara.

Tapi bukan sahaja jalan raya, bekalan air bersih dan banyak lagi, kemudahan untuk anak bangsa Sabah sendiri terus terpinggir.

Terdiam seketika bila melihat rakaman lensa Arjasnes Ahmad atau lebih dikenali sebagai Abang Jas (BERNAMA) Sandakan yang berkongsi pengalaman pelajar SK Sibuga Besar yang memulakan hari pertama persekolahan semalam.

60 tahun mesra Kerajaan Malaysia, dan kini, saya berharap GRS membuktikan bahawa tekad mereka bersama Kerajaan Pusat, kerana mahu memudahkan urusan pembangunan di Sabah. Jangan biarkan Sabah terus dikongkong orang luar.

Ini antara sebab WARISAN menerusi kepimpinan DSSA giat menuntut #MA63 dilaksanakan, kerana kita mahukan autoriti untuk sumber ekonomi sendiri bagi tujuan pembangunan infrastruktur di Sabah.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.