





Hari ini saya berbesar hati merasmikan Kejohanan Boling Padang sempena Sabah Games (SAGA) XI yang berlangsung di Tawau.
Sebanyak 20 daerah dari seluruh Sabah mengambil bahagian dengan lebih daripada 100 penyertaan untuk acara boling padang kali ini.. satu penyertaan yang membanggakan dan mencerminkan semangat kesukanan rakyat Sabah yang luar biasa.
Sukan bukan sekadar medan pertandingan, tetapi wadah membina semangat setiakawan, disiplin dan daya juang.. nilai yang turut menjadi asas dalam kepimpinan dan kehidupan seharian.
Melihat semangat para atlet hari ini, saya yakin Sabah memiliki bakat besar yang wajar terus digilap dan disokong.
Semoga kejohanan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan sukan di peringkat negeri dan kebangsaan.
Tahniah kepada semua yang terlibat, dan selamat berjuang kepada para atlet!