Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau 2024

Saya menghadiri jemputan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SMK Tawau pagi tadi.

Akal yang sihat hadir daripada badan yang cergas, kata-kata ini membuktikan bahawa betapa pentingnya aturan hidup yang disulami dengan aktiviti sukan. Saya menyeru agar para pelajar merebut peluang dan kesempatan dalam sukan tahunan ini agar dapat mengukur keupayaaan diri masing-masing.

Saya juga turut menyumbangan sebanyak RM 10,000 ringgit kepada tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi kegunaan pembangunan mahupun program di sekolah ini.

Akhir sekali, tahniah saya ucapkan kepada warga SMK Tawau atas penganjuran kejohanan ini.Turut hadir PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri , Pengerusi PIBG Tuan Amir Kanje dan warga SMK Tawau.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.