












Inilah semangat Sabah Maju Jaya yang kita banggakan. Saya turut hadir bersama rakyat Balung dalam Majlis Kesyukuran & Doa Selamat di PPR Balung.
Alhamdulillah, pelbagai sumbangan besar disalurkan antaranya ,Rumah Mesra SMJ, 3 van jenazah, Mesin perubatan RM500k untuk Hospital Tawau, RM1 juta untuk pusat pemulihan dan sokongan kepada 100 usahawan muda luar bandar.
Syukur dan terima kasih, Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor atas keprihatinan kerajaan Negeri dalam memperkasa rakyat di seluruh Sabah.