Penyerahan Kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) Kepada Penerima DUN N70 Kukusan

PADA hari jumaat yang berkah ini, saya telah menyerahkan kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya( SMJ ) kepada En Abdullah Bin Paku di Kg Jawa Jalan Madu pagi tadi disaksikan oleh PPM Kukusan En Sukardi Mashuri dan pegawai dari Majlis Perbandaran Tawau .

En Abdullah Bin Paku merupakan salah seorang mangsa kebakaran di Kg Jawa Sentosa tahun lepas. Beliau telah berpindah ke Kg Sentosa Blok 4 dan mendirikan rumah, namun demikian rumah beliau telah tersenarai antara rumah yang terlibat dengan projek menaik taraf Jalan Utara.

Semoga dengan penyerahkan kunci rumah SMJ ini tadi, dapatlah memberikan manfaat dan kegembiraan kepada En Abdullah dan keluarga.

Saya juga telah mewakilkan UPPM N.70 Kukusan PPM Kukusan En Sukardi Mashuri untuk menyerahkan 2 lagi penerima rumah SMJ iaitu kepada En Fadzil Bin Agan dan En Mohammad Zain Bin Rizal.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.