250,000 Belia Di Sabah Menganggur Menjelang Dua Tahun Lagi

Mengikut kajian Persatuan Pusat Latihan Kemahiran, Sistem Latihan Dual Nasional Sabah dan Labuan, bilangan belia yang menganggur di Sabah dianggarkan boleh mencecah suku juta orang atau 250,000 menjelang menjelang tahun 2024.

Presidennya, Nelson Mosinoh berkata, kadar pengangguran belia di Sabah adalah yang tertinggi di negara ini pada suku pertama 2022, iaitu 9.1% atau 190,000 orang.

Statistik ini amat membimbangkan, kerana ia menyumbang kepada kadar kemiskinan seterusnya boleh membantutkan pertumbuhan ekonomi rakyat dan Negeri Sabah amnya.

Sebagai kerajaan berpengalaman selain mempunyai ‘hubungan baik’ dengan Persekutuan, GRS seharusnya sudah mempunyai idea dan perancangan rapi untuk pembangunan ekonomi di negeri ini dalam mewujudkan lebih banyak peluang kerja kepada rakyat khususnya golongan belia.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sewaktu pemerintahannya sering kali mengutarakan idea untuk pembangunan sektor hiliran sehingga huluan di Sabah.

Ia bermakna setiap bahan mentah yang dihasilkan di Sabah diproses di negeri ini sehingga menjadi barang siap tanpa perlu mengeksportnya keluar mentah-mentah.

Mewujudkan kilang pemprosesan bahan seperti kayu kayan dan kelapa sawit di negeri ini, bukan sahaja menguntungkan Sabah sebaliknya dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak jati di negeri ini tanpa perlu ke Semenanjung untuk menjana pendapatan.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.