Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

 Hijrah Diri Hijrah Hati Demi Hidup Yang Lebih Bererti

Alhamdulillah, program Maal Hijrah yang dianjurkan malam tadi mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Bersama Ustazah Marhamah, kami sama-sama menghayati erti hijrah bukan sekadar perubahan fizikal, tetapi hijrah hati dan jiwa.

Ustazah mengingatkan kita agar sentiasa bermuhasabah, tidak mudah menilai orang lain, dan sentiasa melihat taubat sebagai jalan pulang buat semua, tanpa kecuali.

Sebagai pemimpin, saya amat tersentuh dengan mesej ini.

Hijrah dalam kepimpinan bermaksud berani berubah, mendengar suara rakyat, dan memperbaiki diri demi khidmat yang lebih telus dan berintegriti.

Kita tidak sempurna, tapi kita boleh memilih untuk sentiasa belajar dan memperbaiki diri bukan menghukum, tapi membimbing. Bukan mencela, tapi menyokong.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis. Moga semangat hijrah ini terus subur dalam masyarakat kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.