Camp Meet Vol.1 | Cowie Bay Tawau

MALAM tadi, saya dijemput untuk merasmikan Camp Meet Vol 1 anjuran Rakus Camper di Cowie Bay Tawau.

Program ini merupakan acara sulung yang dianjurkan oleh anak tawau sendiri. Penyertaan seramai 200 peserta dari luar daerah dan negeri antaranya Sandakan, Semporna dan Perak. Program ini boleh dijadikan sebagai “produk tawau” dimana tempat menghimpunkan para campers di seluruh sabah.

Ini adalah satu aktiviti sihat yang mampu mengisi masa lapang anak muda tawau di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara mereka.

Saya juga terpegun melihat kreativiti peserta yang menghiasi khemah mereka yang serba serbi lengkap seperti berada di dalam rumah. Terdapat juga beberapa lapisan umur yang mengikut program ini.

Tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jaya nya.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.